Feeds:
Kiriman
Komentar

9 nyawa

Sesuatu yang sentiasa ku nanti..buah tangan terbaru dari Ramli Awang Murshid. 9 Nyawa. Bilakah ianya akan berada di pasaran?. Aku rasa cam nak gi tunggu kat kedai sebelum kedai tu di buka, takut aku tak sempat nak membelinya.

Dah menjadi kebiasaan aku untuk menjenguk http://www.kelabram.com/ ke sini untuk info terkini.Aku memang tak pernah mendaftar sebagai ahli disini, tetapi aku selalu mengikuti apa yg terbaru di siniDSC01560. Hasilnya petang ni aku mendapat info ini..9 nyawa.

9 nyawa berkonsepkan drama. Ia mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan. Intan Suryani yang menghidap sakit jantung dipercayai ibunya Azizah memiliki 9 nyawa. Kerap kali menghadapi maut namun ajalnya masih bertahan menunjang jasad. Intan Suryani tetap bernyawa sehinggalah suatu ketika dia terperangkap dalam kehidupan antara hidup dan mati iaitu koma.
Hakim pula dapat mendengar suara Intan Suryani yang bernyawa dalam keadaan halimunan. Tragedi ini berlaku di Singapura. Antara dua kehidupan tidak menghalang untuk Hakim membantu Intan Suryani. Hanya berdasarkan suara sahaja tidak menghalang ‘mata hati’ itu untuk melihat kebenaran. Hakim yang cacat penglihatan juga menggunakan ‘mata hati’ untuk melakukan kebaikan.
9 nyawa saya sifatkan tidak terlalu ganas dari aspek tindakan watak-wataknya. Ia berkonsepkan drama yang mementingkan ‘cara penceritaan’ berbanding ‘tindakan’. Apa pun…9 nyawa masih dalam bentuk thriller.  ( copy dari sinopsis kelab RAM )
 
Pada ayat terakhirnya..ada sesuatu yang membuatkan aku rasa teruja.  Novel baru selepas 9 nyawa adalah CINTA SUFI. Ramli menyatakan ayat ini akan dikekalkan
“Maukah kamu mendengar tawaranku?’ dan ‘Sebagai manusia…aku sayang padamu’. ( adakah Suanan akan Kembali????)

Ini adalah Masjid Al-Aqsa Sebenar

Masjid Kubah - Dome of The Rock

Masjid Kubah - Dome of The Rock

Sebenarnya..aku selalu keliru yang mana satu masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock (masjid kubah).Tapi selepas aku membaca majalah Al-Islam -November 2008 aku benar-benar pasti kenapa aku boleh terkeliru. Media asing dengan sengajanya telah mengelirukan ramai umat islam yang mana satu masjid Al-Aqsa .Sejarah masjid Al-Aqsa sebenarnya terlalu besar sama ada untuk orang Islam atau orang Yahudi.

Sekilas Mengenai Al-Aqsa dan Baitulmuqaddis

1. Berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj.Peristiwa nabi Muhammad S.A.W menempuh perjalanan dari Masjidilharam di Mekah ke masjid paling jauh (Masjid Al-Aqsa) di Baitulmuqaddis sebelum dibawa ke langit.Disebut di dalam Al-Quran (Al-Israa’:1)

2. Kiblat Pertama Orang Islam sebelum Allah S.W.T memerintahkan Nabi S.A.W mengubah arah kiblat ke Masjidilharam di Mekah.

3. Masjid ini terletak ditengah-tengah kota Baitulmaqddis, di selatan Al-Aqsa terdapat sebuah lagi Masjid yang dibina kemudiannya dan juga diberi nama Al-Aqsa( tetapi masjid ke 2 ini tiada kaitan dgn peristiwa Israk&Mikraj) dan ditengahnya pula terdapat Masjid Kubah atau Dome Of The Rock, yg sering disiarkan oleh Media asing sebagai Al-Aqsa.

4. Keseluruhan kawasan ini mempunyai tembok dan dianggap sebagai Masjidil Aqsa, dan meliputi satu perenam daripada Kota Baitulmaqddis. Selain merupakan antara tempat bersejarah dan dianggap suci oleh umat Islam, kawasan AlHaram Al Sharif (Al-Aqsa) juga menjadi tempat paling suci bagi orang Yahudi.

5. orang Yahudi mendakwa A-Haram al-Syarif di bina dia atas tapak yang dikenali sebagai Temple Mount.Mereka mengangap tempat tersebut paling suci, dan percaya disitulah pernah terdirinya Temple of Jerusalem. Sebab itu mereka mengorek dan membuat kajian arkeologi di bahagian dasar masjid itu. Usaha ini ditentang oleh orang Islam kerana merosakkan struktur Masjid, malah orang Islam juga turut menyangkal dakwaan orang Yahudi bahawa tapak itu menempatkan Temple Mount.Tidak ada sebarang bukti sejarah mengatakan bahawa Masjidil Al-Aqsa dibina di atas sebarang runtuhan bangunan.

6. Masjid Al-Aqsa adalah Masjid kedua yang dibina setelah pembinaan Masjidilhharam di Mekah. Ramai Nabi dan Rasul yang dilahirkan dan diwafatkan disana, termasuk Nabi Ibrahim, Lut , Daud, Sulaiman, Musa dan Nabi Isa. 

7. Palestin telah diperintah oleh Islam Sejak zaman Umar al-Khattab.Ditadbir mengikut cara Islam.

8. Melakukan solat di Masjidil Aqsa adalah sama dengan 500 kali solat di tempat lain selain Masjidilharam dan Masjid Nabawi di Madinah. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda : “ Solat di Masjidilharam adalah sama dengan 100,000 kali solat (di tempat lain), dan solat di masjidku (di Madinah) adalah sama dengan  solat 1,000 kali, dan solat di Baitumuqaddis adalah sama dengan 500 kali solat.” (Riwayat at-tabarani)

9. Sayidina Umar ibn Al-Khattab r.a semasa pertama kali memasuki wilayah ini telah mengistiharkan bahawa keseluruhan bumi Palestin adalah sebahagian daripada tanah wakaf dan hak milik umat islam sehingga ke generasi terkemudian.

Kini Baitulmaqddis berada di bawah penguasaan rejim Israel. Rejim itu telah menggali beberapa trowong di bawah Masjidil Aqsa dan struktur bangunan itu terancam. Pada tahun lalu, mereka telah merosakkan salah satu bangunan masjid tersebut dan masih berkeras untuk membina semula Temple Mount atas runtuhan Masjidil Aqsa. Malah orang Islam mendakwa rejim itu mahu membina jambatan bagi keperluan tentera yang menghubungkan kawasan Al-Maghriba dan Masjid al-Aqsa. Ativiti-aktiviti ini telah menyebabkan dinding-dinding masjid retak, malah bangunan sekeliling turut mengalami keretakkan. Sekiranya aktiviti tersebut berterusan, tidak mustahil umat islam akan kehilangan Masjid yang amat bersejarah ini.

Semakin aku menjejak perjalanan kehidupan ini..semakin aku sedar siapa sebenarnya manusia. Manusia..memang diciptakan dengan penuh kesempurnaan dan dengan pelbagai naluri. Kini , aku melihat kejatuhan sebuah lagi keluarga. Perceraian yang berlaku..membahagiakan sebelah pihak..dan tidak disebelah pihak lagi.

Perasaan yang dianugerahkan oleh Allah selalu disalahgunakan oleh manusia.Manusia selalu lupa..kasih sayang dan rasa cinta yang dianugerahkan didalam jiwa manusia seharusnya diberikan kepada yang berhak.bukan sewenang-wenangnya perasaan itu dibiarkan melimpah pada orang yang tidak berhak.

Manusia selalu merasakan bahawa apa yang dimilikinya bukanlah yang terbaik.,Memiliki isteri dan suami sendiri..namun tetap merasakan bahawa isteri dan suami orang lain adalah lebih baik. Semua orang seharusnya sedar bahawa..setiap manusia memiliki kekurangan..jadi cubalah untuk bersyukur dengan apa yang telah dimiliki dan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya.Kiranya kita memandang bahawa suami atau isteri orang lain itu lebih sopan dan lebih rajin..maka ..berterus teranglah dengan pasangan masing-masing tentang apa yang mereka inginkan.Berterus terang dengan bahasa yang lembut dan indah serta pengharapan dan impian..akan membuat pasangan lebih mengerti akan apa yang kita inginkan.sekiranya pasangan tidak dapat memberikan 100% perubahan..pasti akan ada juga perubahan walau sekadar 50%..sesungguhnya itu adalah suatu perubahan kepada kebaikan.

Perkahwinan pasti menjanjikan sebuah kebahagiaan sekiranya setiap pasangan berusaha membahagiakan pasangan masing-masing serta bersyukur akan apa yang dimiliki. Jujur dan ikhlas dengan pasangan pasti membuahkan kepercayaan dan keyakinan.

 

Akhirnya penantian aku berakhir juga. Dapat juga aku memegang novel nih. Novel terakhirnih..seolah-olah menamatkan kisah Sunan.Tapi tak mustahil jika penulisnya nak sambung balik. Selepas baca..memang best.

Kasihan pada Haryani..di saat dia hampir menjadi milik Sunan..kebahagian itu di rampas sekelip mata sahaja.Sunan telah ditembak oleh Hamid ( orang suruhan Ibnu Misad ) pada malam dia akan dinikahkan dengan Haryani. Manakala Dani pula beralah pada keadaan..tidak memaksa Haryani untuk menerima dirinya..kerana dia tahu , kasih Haryani hanya untuk Saifudin atau Laksaman Sunan. Dani akhirnya membuat keputusan untuk memilih saliha sebagai teman hidupnya. Saliha adalah wanita yang menjaganya selama dia hilang ingatan dan terdampat di Aceh akibat Tsunami yang melanda.

Kali ini semua keturunan Manggala berjaya ditewaskan oleh Sunan. Kota Pulau Utara juga akhirnya roboh apabila Maharani telah dibunuh oleh Cheng-De ( baka awal keturunan Manggala @serigala jadian). Dalam diam Melor tetap menyimpan perasaan kepada Sunan, hingga akhirnya membawa kematian ibu Sunan..setelah Melor terpengaruh menggunakan Ilmu Hitam semata-mata untuk bertemu lagi dengan Sunan. Kesilapan Melor itu juga telah membuatkan nyawa puteranya terancam. Kerana peristiwa itu juga..melor telah mengakui segala kesilapannya dulu kepada suaminya. Walaubagaimanapun Tun Mutalib tetap memafkan kesilapan isterinya, melor.Bagi menyelamatkan putera mereka..Laksaman Sunan telah dicari. Akhirnya putera mereka dan Melor berjaya di ubati.Namun cukup terlewat bagi Sunan untuk menyelamatkan ibunya dari sumpahan Iblis.Sultan Melaka murka apabila mengetahui bahawa Laksamana Sunan tidak dibunuh seperti arahannya.

Dalam keadaan terdesak..Sunan akhirnya terpaksa menyembunyikan dirinya di dalam sebuah gua.Ketika inilah..dengan izin Pencipta..dia telah berada di zaman Dani dan Haryani. Di saat ini lah cinta Haryani kembali mekar terhadap Sunan. Pada masa tersebut juga ..Dani kehilangan cintanya.

Selepas aku habis baca siri terakhir ini..aku rasa nak baca balik dari siri pertama. Watak Laksamana Sunan atau Saifudin seolah-olah hidup.Penulis benar-benar berjaya menghidupkan watak Sunan, Haryani dan Dani. Watak Sang Ratu- Isteri Sunan juga memang memberi kesan yang cukup baik.Semoga Ramli Awang Murshid akan terus berjaya menghasilkan Novel-novel yang lain dari kebiasaan.

 

Dah lama sangat aku tak jenguk kat sini. Ada komen yang aku tak sempat baca. Terima kasih sebab bagik komen.Harinih dah 14 Ogos 2008..lebih kurang 17 hari lagi kita akan menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke 51.

Tahun ni ada sedikit perbezaan sambutan di jabatan kami kat perlis nih. Awal bulan 8 haritu bos dah bagitahu…”tahun ni semua kakitangan WAJIB mengikuti perbarisan kawad “. Alamak..terkezut aku.dah lama aku tak berkawad nih.Rasa dah hampir kaku kaki dan tangan aku nih.Aku ingat aku sorang jer yang gelabah..rupanya ada lagi yang lebih gelabah dari aku.Ramai yang bersungut tak nak sertai..tapi BOS aku tetap dengan keputusannya. Kalua tak nak Berkawad juga..bagilah alasan yang SESUAI.Setakat harinih baru 3 orang yang lepas.Alasan yang boleh diterima.Aku pulak sedang fikir..alasan apa nak bagi..tapi rasanya semua akan dapat diselesaikan oleh BOS. Aduh..nak atau tak..kena jugalah aku pergi latihan.Apabila dah berkawad, aku rasa seronok pula. Boleh keluarkan peluh dan hilangkan tekanan kerja.Maklumlah..duk lama ofis..bukannya ada keja lain.Mengadap benda 4 segi ni lah.Pastu sakit mata, pastu salahkan kerja..padahal kalau takda kerja pun aku tak habis-habis mengadap benda nih.

Aku sebenarnya setuju gak dengan saranan BOS nih..apabila kami masuk perbarisan..automatik kami sedar 31 Ogos tu tarikh penting dan terkandung peristiwa penting di dalamnya.Maklumlah ..dah semakin tua nih..semakin lupa diri.Semakin menjadi rasa tak puas hati pada semua benda kat negara, dunia dan individu.Masing-masing merasakan diri ja yang betul.Dalam pada tu aku tak setuju sikit bila kakitangan yang tunggu hari nak pencen pun kena kawad juga.Aku bukannya apa..kasihan melihat mereka.Maklumlah bila makin berusia..memacam penyakit berjaya dikumpulkan.Aku yang muda sikit dari mereka ( perasan sikit ja) pun terasa mengah bila berkawad bersungguh-sungguh. Ada setengah tu..sakit sendi..jadik bila berkawad…hem..kasihann.

Tapi bagi aku..aku ikhlas pergi kawad nih.Ini baru sikit..sedangkan apa yang dialami oleh pejuang kemerdekaan dahulu lebih tersiksa, namun mereka mampu tempuhinya. Dah alang-alang BOS paksa, alang-alang aku kena lakukannya..Maka, akan aku lakukan sebaik yang mungkin. Sekian.

Salam Kemerdekaan Untuk Semua. Semoga kemerdekaan ini akan terus menjadik milik kita hingga ke akhir zaman..

Semalam..hari yang telah berlalu.Hari ini adalah masa yang sedang aku hadapi, dan saat ini aku sedang mendengar seruan azan Asar. mungkin ini seruan Asar terakhir yang mampu kudengar atau masih ada masa untuk aku mendengarnya lagi pada esok hari,minggu depan atau tahun hadapan.

Sebentar lagi, suami ku akan datang menjemput, dia masih tetap setia setiap hari datang menghantar dan menjemputku.Tapi aku belum pasti untuk hari esok..adakah akan sama seperti hari ini . Atau adakah pagi tadi merupakan saat terakhir aku bertemu dengan dia?.Entahkan juga..samada minggu hadapan dia masih sudi untuk menghantar dan menjemput diri ini.Kadangkala kehidupan ini penuh dengan warna-warna ceria..kadangkala, terlalu sakit bagi hati ini dan mata ini untuk memandang kehidupan dan kelangsungan hidup dimuka bumi ini.

Harini, di hadapan mata ku ..aku melihat sesuatu yang selama ini dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan mula menunjukkan corat coret sebenar di dalamnya. Selama ini mampu dipertahankan mula menjadi goyang apabila hanya satu pihak yang ingin meneruskannya.manakala penumpang didalamnya mula kelihatan lemah.Mula memaparkan penderitaan di jiwa dan wajah. kasihan..penumpang kecil didalamnya ..apabila ketua mula berpaling arah. Aku sendiri tidak mampu memberi kata-kata yang terbaik kepada jiwa yang sedang sakit itu, tetapi aku juga tak mampu hanya menjadi pendengar dan melihat tangisan yang sama. Sesungguhnya..aku turut merasa peritnya.Dia seorang sahabat yang cukup baik, tidak pernah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Senyuman yang dicipta sekadar untuk menutup luka.Aku kenal senyuman itu. Aku hanya mampu berdoa kini …semoga rumah tangga yang mereka bina kembali bertaut, kembali mengenag semula alam percintaan dan kenangkan kembali jiwa-jiwa kecil yang sedang meraung di dalam tidur mereka. Namun jika itu juga takdirnya..maka kuharapkan insan yang sedang diduga itu mampu mengharunginya.Sesungguhnya Allah bersama orang -orang yang sabar. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Itulah antara kebesaran yang Esa.

Di dalam doa ku juga..Moga aku tidak diduga dengan sesuatu yang tidak mampu ku hadapi..Amin…

Satu Pembaharuan

tekun-nampak.jpg

Sedar atau tak, masa terus juga berlalu.Kekadang aku berfikir, betulkah apa yang aku telah lakukan pada masa yang lalu.Adakah aku telah mensiakan separuh masa yang takkan mungkin kembali berada dihadapan mata. Dan aku juga berfikir, bolehkah aku terus menari mengikut rentak dunia ini tanpa aku tersadung?.Perit dan berat rasanya apabila memikirkan semua ini.

Pillihan raya kali ini juga merupakan satu kejutan.Bagi ahli keluarga aku yang pernah melalui peristiwa dijajah,peristiwa 13 mei, semua ini menggetarkan hati dan jiwa mereka.Masih terbayang di hadapan mata aku reaksi spontan ibu mertuaku.Dia terdiam dan tersandar, dengan tangan terus memicit kepala.Sambil memejamkan mata dia bersuara..mak takut tengok semua ni,susah hati mak..nanti zaman cucu-cucu mak adakah keadaan akan bertambah teruk? aku juga terdiam.Mata aku terus terpaku pada tubuh anakku yang leka bermain.Ketika ini usianya baru 4 tahun.Belum mengerti akan susah dan senag hidup di dunia ini.Bagaimanakah keadaan pada zaman mereka nanti.

Tetapi bagi aku,ini merupakan satu perubahan yang ada baik dan buruknya.Sebenarnya orang-orang melayu boleh bersatu.Cuma dalam keadaan keamanan dan kemewahan yang dimiliki orang-orang melayu berubah menjadi tamak dan pentingkan diri.Apabila orang melayu diancam maka pasti semua akan bersatu kembali. Rasanya sesuai menggunakan pepatah “sarang tebuan jangan cuba dijolok”.Aku harap kata-kata Hang Tuah juga adalah kata-kata yang benar “Takkan Melayu Hilang di Dunia”.Cuma kita semua perlu sedar dalam keadaan hari ini, perpaduan yang kuat dapat menyelamatkan kita dari apa jua ancaman.

Gambar Bersama KPP

Unggu Karmila..

aaaa.jpg

Akhirnya..aku dah habiskan Novel dari penulis kegemaran.UNGGU KARMILA, hasil nukilan Ramli Awang Murshid.Setiap kali aku membaca novel tulisannya,aku bagaikan sedang menelaah sebuah ensiklopedia.Kali ini aku bagaikan seorang petani moden yang sedang mengkaji dan meneliti untuk melakukan pembiakan bunga baka terbaru dan kaedah menghasilkan pokok yang sihat.Kali ni juga aku dapat mengetahui makna penyakit SINESTESIA.

Sinestesia melibatkan deria seseorang- rasa, pengelihatan, pendengaran, sentuhan dan bau bercampur aduk di antara satu sama lain lalu membentuk deria yang berkecamuk. Contoh keadaan pengidap Sinestesia = melihat alunan muzik bewarna warni, Nota B kelihatan perak bersinar, manakala D pipih muncul dalam bentuk Bunga. Manakala kalendar hari, bulan dan tahun boleh menghasilkan imej tiga dimensi.

Disebabkan inilah aku amat menyukai Novel Ramli.Aku rasakan pembacaan aku tidak sesia.Banyak maklumat yang aku perolehi secara tidak langsung. Sekarang aku tertanya- tanya bila pula buku yang ku tunggu-tunggu kesinambungannya akan dijual. Aku tak sabar sangat dah ni nak tahu kisau Laksamana Sunan dan Haryani.Kisah percintaan dua makhluk Allah yang berada di dua dunia berbeza.Dua dunia yang takan mungkin bersatu.Trilogi Bagaikan Puteri akan kutunggu…Tajuk pertamanya adalah Bagaikan Puteri, buku kedua Cinta Sang Ratu dimana Laksamana Sunan telah bertemu isterinya dan yang seterusnya Hijab Sang Pencita.Pasti kali ini impian Haryani tercapai.

Apapun, tahniah untuk Penulis kegemaran .Memang Novelnya lain dari yang lain.Semoga Buku yang seterusnya akan terus memukau.

” Ia makan untuk hidup tetapi ia tidak pernah minum”

keja + holiday

map.jpgsmilee.jpg

Pagi ahad lepas,kami 3 beranak bertolak ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.Nasib aku agak baik kali ni,suami aku offer kan diri nak teman aku.Wahhh..senang rasa hati bila dia cakap dia nak teman kan aku kali nih.Selalunya aku pergi sorang diri atau ditemani kengkawan yang amat baik hati.Jadi sebelum bercuti aku pun cam biasa pastikan semua keja kat atas meja aku clear,cuma beberapa benda ja kena minta bantuan Cik Shida,terutamanya bab nak bacup sever la. Sever kena backup setiap hari, jadi terpaksa la aku susahkan Cik Shida.Satu lagi nak upload data ke web jabatan..kalau Cik Shida tak tolong mesti cawangan sini Glamor sebab dapat surat ingatan..lewat…Tima kasih ya Cik Shida…

Hari isnin pagi, dalam kul 10.30 pagi camtu,keja aku selesai,jadik kami terus ja balik Perlis.Memandangkan aku dah dapat cuti perjalanan tuk hari selasa, kami amik keputusan lepak kejap kat Bukit Merah untuk semalam.Orang yang paling gembira ,tak lain tak bukan..mestilah Danish.Ringan poket gak dikerjakannya.Semua mainan dia nak naik.Kena tukar coins.Tapi bila dah tukar baru perasan banyak yang tak leh naik….ROSAK. Apalagi,Danish mula tarik muncung la..nak jalan pun dah tak leh…merajuk.

Hari selasa, kul 11.30 pagi check out dari Laketown Hotel Bukit Merah dan terus bertolak balik.Alhamdulillah, sepanjang perjalanan 3 hari tu kami tak pula bertembung dengan sebarang kemalangan.Cuma cuaca ja terlalu panas.Aircond dalam Myvi kesayangan suami aku macam tak terasa jaa…aku tak berani la komen kata air cond tak sejuk,nanti mesti suami aku marah sebab kutuk keta kesayangan dia tu…heheheh..memang tak sejuk la abang….,jgn marah yaa (“cuaca panas sangat kot kat luar”,ni mesti antara alasannya.)Apapun Abang, terima kasih sebab permudahkan urusan Mela nak kesana.Lain kali teman lagi ya?

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »